Writter


Ahmad Mughni Bin Danial
95's.
Students
"DamhA"

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Belaskasihanilah Daku. Hanya PadaMu Sahajalah Tempatku Kembali Berserah. Terimalah diriku ini.

INSTAGRAM

Follow @ahmadmughni

FOLLOWER


TWITTER


Friday, April 8, 2016 | 0 Comments


Kadang manusia hanya mampu memendam perasaan, bukan kerana mereka tidak mahu meluahkan. Tetapi mereka TAKUT. 
Takut ianya hanya sia-sia. Takut cintanya tak terbalas. Dan lebih menakutkan takut peristiwa hitam berulang lagi. 
Kita hanya manusia biasa yang punyai perasaan. Kadang kita sayang tetapi hanya mampu berdiam. Hanya mampu melihat dia bahagia kerana kita takut bila kita meluahkannnya DIA akan semakin jauh. 
Jujur kita bole menipu dengan orang lain tentang perasaan kita. TETAPI kita mampu menipu HATI dan PERASAAN kita sendiri? HAHAHA. SUKAR kawan. ianya sukar.
TETAPI kita akan tetap memilih untuk memendam dari meluah. Kerana apa? kerana kalau ianya sakit hanya kita yg merasainya. 
Demi melihat si DIA bahagia kita sanggup mengorbankan hati dan perasaan kita.
kita hanya akan berdiam dan membiarkan DIA memilih siapa yg terbaik untuknya. Dan kita akan sentiasa berada di sisi untuk memberi sokongan dan dorongan. Menjadi sahabat dia yg terbaik sudah memadai.  
Biarkan hati kita terluka. Biarkan perasaan kita berduka. Kadang pendam adalah jalan terbaik untuk diri kita dan DIA. 

Wednesday, July 1, 2015 | 0 Comments

I will Love you if you need my love.
I will be there for you if you need me
I will be the first person to make you happy even you are upset
I will accompany you if you need someone to be with you
I will give you something special if that day a special day for you or us
i will support you if you need someone to take you up
I will keep you in my heart
I will give you my heart to you if you will be take care of it 
:))

Tuesday, June 9, 2015 | 0 Comments



KESEDIHAN, keperitan yang kita alami. Hanya kita yang rasai. "MEREKA" hanya mampu melihat. Merasainya hanya yang kuat. Yang lemah akan terduduk tertunduk melihat bumi. Dan penemannya linangan air mata yang tidak akan berhenti mengalir membasahi pipi. 

PERIT? hanya kita yang mampu menilainya. Tetapi bagi sesetengah orang, mereka mampu Menyembunyikannya hanya dengan segaris senyuman, tetapi realitinya hanyalah palsu. Mengapa? kerana kita tak nak orang lain melihatnya? atau Keegoan kita? Ianya hanya mampu ditafsirkan oleh Penanggungnya. 

JUJUR ianya sangat Perit. Kadang kita bersedih pada mereka yang tidak pernah memahami. Untuk Apa? Tiada gunanya. Membuang Masa. Itulah yang sering dilontarkan oleh Si Pelihat TETAPI bukan Diri yang menanggungnya. Mereka takkan pernah memahami malah merasainya tetapi kita yang mengalaminya. 

TERGAMAKNYA kamu? itu sahaja yang mampu diungkapkan. Tetapi membawa kepada 1001 ungkapan. "Aku Bukan Boneka" yang hanya mampu tersenyum dan terpaku. Aku manusia insan yang mempunyai Perasaan. TETAPI pernahkah mereka peduli? 


Friday, October 24, 2014 | 0 Comments


setiap hubungan punyai masalah
TAPI 
bergantung pada kita 
bagaimana mahu menyelesaikannya.

jangan ego,
kerana keegoan itu mampu menghancurkan perhubungan
beralah la,buangkan ego mu itu.

jadi orang yg pertama mengungkap kata MAAF
jadilah penyelamat kepada permasalahan.
jadilah seorang yg tenang dalam menyelesaikannya
ungkapkan kata maaf dengan ikhlas.

Wednesday, October 15, 2014 | 0 Comments



DIRIMU
Umpama permata dalam jiwaku,
Cahaya dalam hidupku,
Penghuni dalam ruang hatiku.

TANPA  DIRIMU
dunia seakan kelam,
jiwaku seakan kosong,
hatiku seakan sunyi.

SENYUMAN MU 
mampu menceriakan hidupku,
mampu menghilangkan keraguan di dalam hatiku,

akan ku ukir namamu kasih dilubuk hatiku.
kerana cintaku ini ikhlas untukmu
Kasihmu ku ada untuk diriku mengenali erti cinta dan kasih

ku tulis coretan ini
dalam kerinduan 
buat dirimu yang sentiasa hadir dalam ingatanku.

Cinta ini takkan pernah ada yang lain.
hanya untuk dirimu selamanya.
Ku akui hanya dirimu yang bertakhta dalam hatiku.
kau yang sentiasa bersama ku.

Takkan pernah ku berpaling darimu
walau seketika.
akan ku selalu ada bersamamu walau apa jua keadaanya.
aku akan sentiasa ade untukmu. 

Tuesday, September 23, 2014 | 0 Comments



Terima Kasih
 kerana sudi hadir dalam hidupku. Tak ku sangka akan perkenalan kita yang selama ini hanya sebagai sahabat bertukar menjadi kekasih. Kau hadir membawa penyeri dalam hidupku yang selama ini telah hilang dibawa bayu yang bertiup kencang. 

Kesungguhan mu dan sikapmu yang sederhana membuatkan aku tertarik. Dan hatimu yang sanggup menerima kekuranganku dan sabar dengan perangai ku berjaya membuka kembali pintu hatiku yang selama ini tertutup rapat seperti tidak mahu terbuka lagi. 

senyumanmu yang sentiasa terukir di bibir seolah membawa kegembiraan di hatiku. Walaupun senyuman mu agak "Kaku" tetapi keikhlasan senyuman mu yang terserlah dibibirmu cukup membahagiakan ku. 

Tiada kata yang mampu ku ungkapkan selain berterima kasih kepadamu kerana sudi hadir dalam hidupku. Sentiasa ada bersama ku. sabar dengan sikapku. Memahami ku. Mempercayai ku. Ikhlas menerima ku. 

Untuk apa aku meninggalkanmu untuk mencari yang lebih baik sedangkan kau adalah yang terbaik untukku. Untuk apa aku mempersendakan mu sedangkan kau tidak pernah mempermainkanku. Untuk apa aku menipu dirimu sedangkan kau jujur terhadap ku. 

Wajahmu sentiasa hadir di dalam mimpiku ketika hatiku merinduimu. Itu sudah cukup menggambarkan bahawa hatiku sudah mula terbuka untuk menerima dirimu. 

aku berharap yang perhubungan kita ini kekal hingga ke syurga sana. 

Wednesday, May 21, 2014 | 0 Comments



Di sini aku hendak berkongsi tentang ciri-ciri anak Kedua. Ini berdasarkan sumber yg aku perolehi. Aku juga merupakan anak kedua. di sini ade beberapa ciri-ciri anak kedua :

  1. "sekali kita lukakan hatinya dengan kata-kata, sampai mati dia akan ingat walaupun die tetap mesra dengan kita."
  2. "walaupun selalu dilukakan. Dia tetap sabar dan kuat. Tabahnya anak kedua ni"
  3. "Suka buat kerja last-last minute. (tu la suka sangat bertangguh) TETAPI. kerja last minute die memang menjadi.
  4. Memang agak pendiam sikit kalau orang tak kenal. Bila dah rapat memang kecoh gila nak mampusss.and kadang-kadang keluar nakal- nakal manjanya. hahahhaha
  5. stalker dan penyiasat yang berjaya. Apa yang dia nak tahu semua dia dapat. 
so sampai di sini lah ciri-ciri yang boleh aku kongsikan kepada para pembaca semua. 

Tuesday, May 20, 2014 | 0 Comments




Bila aku cuba melupakan kenangan,
Namun kenangan itu muncul,
Aku sangka aku mampu melupainya,
Rupanya aku tak berdaya,
Sungguh aku tidak berdaya melupakannya,
Terlalu banyak kenangan Terindah.
MAAFKAN AKU

Aku cuba untuk melupakan kau,
aku akan menjauhi diriku dari mengingatimu,
walau ku tahu ianya sukar,
tapi,
Aku akan mencuba sedaya upaya ku.

MAAFKAN AKU,
aku tidak sepatutnya mengingati kau lagi,
TAPI,
Berikan aku waktu untuk belajar melupainya,
Aku perlukan Masa untuk melupakan kau.

MAAFKAN AKU,
atas segalanya.
Sungguh aku tak sangka ianya terjadi.
Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kau.

salam ingatan dariku,

Saturday, May 17, 2014 | 0 Comments

Ucapan Terima Kasih merupakan satu lafaz penghargaan untuk sumbangan atau kebaikan yang dilakukan seseorang kepada orang lain. MElafazkan ucapan Terima Kasih kepada seseorang yang memberi atau menyumbang sangat Besar Ertinya. Ucapan terima kasih memberi kesan yang positif dan amat mendalam, yang dapat menyentuh dan membuka hati seseorang sehingga dapat merapatkan hubungan sesama insan. Seseorang yanag menerima tanda penghargaan itu akan berasa sangat dihargai. Malah orang sentiasa berada dalam keadaan berterima kasih akan sentiasa membuahkan senyuman dan ketenangan.

Mengapa Sangat Sukar unntuk Kebanyakkan orang Mengucapkan TERIMA KASIH ?
Mengapa Sangat Berat untuk Kebanyakan orang Meluahkan PENGHARGAAN ?
Adakah kerana Malu atau Ego ? ADkah Sikap itu Penting dalam Kehidupan ?

Kesukaran mengucapkan Terima Kasih akan memberikan kesan yang Negatif kepada hubungan sesama insan.  Orang yang tidak tahu menghargai, seumpama orang yang tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mungkin situasi ini tidak menjadi masalah untuk mereka yang kurang Berinteraksi dengan orang lain, sedangkan lafaz ini merupakan sesuatu yang amat Penting dalam kehidupan setiap insan seperti kita. 
Ucapan Terima Kasih juga dianggap sebagai satu pengisytiharan, penerimaan, atau pemberian kepada sesuatu urusan yang telah selesai.

Sebagai contoh, pernahkah atau sudahkah anda berterima kasih kepada orang yang Bertanggungjawab membesarkan dan menjaga anda? adik beradik? kawan-kawan? orang disekeliling? Tanpa kita sedari, mereka telah banyak menyokong kita. Bagaimana puladengan urusan sekeliling yang anda lalui setiap hari. Mungkin dengan pemandu bas atau teksi, atau dengan peniaga yang selalu berurusan dengan anda.

Luahkan Ucapan TERIMA KASIH sebagai tanda Penghargan kepada seseorang, disamping itu ia dapat memberi inspirasi, motivasi, diri kepada diri sendiri dan insan sekeliling.

 
 






Petikan ini dipetik dari buku MODUL BUDAYA KERJA. PLKN 

Friday, May 16, 2014 | 0 Comments

ALHAMDULILLAH.  setelah sekian lama aku DamhA mendiamkan diri. Kini dia kembali bersuara dan telah mengubah penampilan tetapi sama penaipnya. 
Terlampau banyak perkara yang ingin diluahkan dan diceritakn kepada sahabat Blognya. Semoga dengan penampilan barunya ini semakin keraplah DamhA menampilkan diri. 
WALAUBAGAIMANAPUN, tanpa BANTUAN seseorang ianya mungkin tidak akan berhasil. Dengan ini DamhA Mengucapkan Ribuan TERIMA KASIH kepada UMI HUMAIRAH (sepupu) kerana telah banyak membantu dalam proses pengubahsuaian Blog ini. 
TERIMA KASIH SEPUPUKU.