Terima Kasih
kerana sudi hadir dalam hidupku. Tak ku sangka akan perkenalan kita yang selama ini hanya sebagai sahabat bertukar menjadi kekasih. Kau hadir membawa penyeri dalam hidupku yang selama ini telah hilang dibawa bayu yang bertiup kencang.
Kesungguhan mu dan sikapmu yang sederhana membuatkan aku tertarik. Dan hatimu yang sanggup menerima kekuranganku dan sabar dengan perangai ku berjaya membuka kembali pintu hatiku yang selama ini tertutup rapat seperti tidak mahu terbuka lagi.
senyumanmu yang sentiasa terukir di bibir seolah membawa kegembiraan di hatiku. Walaupun senyuman mu agak "Kaku" tetapi keikhlasan senyuman mu yang terserlah dibibirmu cukup membahagiakan ku.
Tiada kata yang mampu ku ungkapkan selain berterima kasih kepadamu kerana sudi hadir dalam hidupku. Sentiasa ada bersama ku. sabar dengan sikapku. Memahami ku. Mempercayai ku. Ikhlas menerima ku.
Untuk apa aku meninggalkanmu untuk mencari yang lebih baik sedangkan kau adalah yang terbaik untukku. Untuk apa aku mempersendakan mu sedangkan kau tidak pernah mempermainkanku. Untuk apa aku menipu dirimu sedangkan kau jujur terhadap ku.
Wajahmu sentiasa hadir di dalam mimpiku ketika hatiku merinduimu. Itu sudah cukup menggambarkan bahawa hatiku sudah mula terbuka untuk menerima dirimu.
aku berharap yang perhubungan kita ini kekal hingga ke syurga sana.
|
Post a Comment